Live Spot Gold & Silver Price

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Spot Price

Gold In RM/gm Gold In USD/oz
Gold Price Per Gram in Malaysian Ringgits
[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

6 soalan popular dalam simpanan emas

Berikut adalah 6 soalan popular dalam simpanan emas

Soalan 1 : Apa yang dimaksudkan dengan simpanan emas ?

Simpanan emas bermaksud anda menukarkan simpanan fiat anda, atau peruntukkan hasil pendapatan anda dengan membeli emas. Emas yang sesuai sebagai simpanan adalah emas fizikal,iaitu emas dalam bentuk dinar, syiling, bar dan jongkong.

Simpanan emas adalah untuk jangka masa panjang. Namun boleh disesuaikan mengikut keperluan anda dan dengan sedikit ilmu anda boleh merancang bagi simpanan jangka masa pendek dan sederhana juga.

Emas sangat istimewa kerana :

1.Bernilai tinggi kerana rupanya yang cantik. Ia juga boleh menjadi kebanggaan kepada pemiliknya

2.Diiktiraf di seluruh dunia sebagai benda yang berharga

3.Bernilai untuk selama-lamanya dan ia tidak boleh binasa.

4.Mudah dibahagikan tanpa merosakkan nilainya

5.Tidak boleh dicipta dan sukar diperolehi

6.Mudah untuk menukarkan kepada duit

7.Simpanan/pelaburan terbaik kerana ia melindungi kekayaan pemiliknya

Soalan 2 : Siapakah yang harus menyimpan emas dan dengan siapa hendak dibeli?
 
Semua orang yang menyimpan wang kertas yang harus menyimpan dalam bentuk simpanan emas. Wang kertas adalah wang yang peranan utamanya untuk pertukaran on the spot dan membeli barang/perkhidmatan.

Wang kertas bukanlah penyimpan nilai yang baik! Ia akan susut nilai dan terus dimamah inflasi. Manakah yang anda hendak pilih, menyimpan wang kertas di bank dengan sedikit kenaikan (belum ditolak inflasi) atau simpanan emas yang mana nilainya naik untuk jangka masa panjang.







Soalan 3 : Di manakah saya hendak membeli emas?
 
Emas fizikal kini boleh dibeli dengan syarikat emas yang menawarkan emas fizikal dengan harga yang murah dari harga di kedai emas. Dan kini terdapat berbelas ribu dealer mobile di seluruh malaysia. Tanpa perlu buka kedai emas, dealer-dealer ini mampu menjual emas berkilo-kilo. Salah satu platform yang digunakan adalah melalui blog dan laman sosial. Blog adalah salah satu contoh menjual dan membeli emas di seluruh Malaysia, anda juga  boleh rujuk senarai dealer-dealer mereka.

Harga yang ditawarkan amat berpatutan dan sangat murah. Bayangkan jika per gram anda boleh jimat sehingga RM18.

Contoh, jika 100g

= RM18 x 100 = RM1800 ..banyak bezanya!

Soalan 4 : Bilakah masa yang sesuai membeli emas?


 
i)Bila anda anda wang ,dan ada kesedaran - teruslah membeli dan jangan berlengah lagi.

ii)Beli semasa harga emas turun sedikit (biasanya dalam tempoh 1-3 bulan, anda berkesempatan mendapat peluang untuk membeli semasa harga terbaik)

Ini tidak bermakna siapa yang membeli emas sewaktu harga tinggi rugi.Tidak rugi selagi anda tidak menjualnya,cuma anda tidak dapat memaksimumkan keuntungan sahaja.

iii)Beli secara konsisten setiap bulan. Peruntukkan sebahagian gaji anda,sebagai contoh 20% untuk simpanan emas. Atau letakkan target

1 bulan 1 dinar atau 1 bulan 10g mengikut kemampuan kewangan anda







Soalan 5 : Sebab apa saya perlu simpan emas?

1.Nilai wang semakin jatuh

2.Harga emas semakin naik utk jangka masa panjang

3.Emas adalah aset yg mudah cair

4.Emas tidak boleh dicipta/dimanipulasi

5.Pelindung kekayaan

6.Portfolio Simpanan dan Pendapatan

Soalan 6 : Bagaimana saya harus bermula ?
 

Tip Simpanan Emas

1.Penyimpan

Sebagai penyimpan, anda beli mengikut kemampuan anda. Jika anda mempunyai simpanan di bank, boleh keluarkan ¾ daripada simpanan tersebut untuk membeli emas dan perak. Berdasarkan pengalaman saya sendiri dan pelanggan-pelanggan yang sebelum ini penyimpan tegar amanah saham dan koperasi.

Kemudian, rancang bajet anda. Setelah ditolak perbelanjaan, berapakah baki yang tinggal. Ini penting untuk anda mengetahui kemampuan anda  atau membuat belian bulanan secara konsisten.Contohnya, 1 dinar 1 bulan.

2.Penyimpan merangkap Dealer/peniaga

Beli semaksima yang anda mampu (ambil kira dahulu faktor lain). Sebahagian untuk simpanan sendiri dan sebahagian lagi untuk dijadikan stok untuk perniagaan. Apabila anda mempunyai banyak stok, dan dibeli awal, anda tak perlu gusar apabila pelanggan membuat tempahan. Komisen pun anda dapat, keuntungan juga anda perolehi kerana harga emas semakin naik. Anda juga dapat menjimatkan masa, minyak dan tenaga untuk pergi ambil stok di cawangan.

Anda tak dapat jual-anda masih untung kerana harga emas makin naik.

Anda jual-anda untung kerana anda dapat komisen dan buat tempahan dengan syarikat emas

Anda beli-tetap untung kerana beli dengan harga ‘We Buy’ dan boleh jual kepada pelanggan yang sedia membeli dengan anda. Jual dengan harga ‘We Sell’. Anda untung 5%-6% .

sumber : jutawangold.com

Wang Kertas VS Emas

Semua orang Islam wajib beriman dengan kemunculan Hari Akhirat. Ia terkandung di dalam rukan Iman dan mana-mana Muslim yang tidak mempercayainya, maka imannya pastilah tidak lengkap. Percaya pada Hari Akhirat adalah rukun Iman ke-5. Dalam menuju ke Hari Akhirat, kita diberi tanda-tanda kecil dan besar hari bagi tujuan persediaan.

Biasa dengar kemunculan Dajjal, turunnya Nabi Isa A.S, yang mana akan muncul dahulu. Kerana kedua-dua akan turun ke bumi. Jika diamati, Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa A.S. di Israel. Jadi Dajjal itulah yang akan turun dahulu. Tetapi apakah kaitannya semua itu dengan tajuk di atas? Wang kertas dan juga emas? Wang kertas dan emas adalah matawang. Hari ini kita guna wang kertas, dahulu guna emas.

Zaman Dahulu

Zaman dahulu, semua negara menggunakan emas. Ramainya manusia menggunakan emas adalah sama seperti mana ramainya manusia menggunakan wang kertas pada hari ini. Emas dipilih kerana ia mempunyai nilai semulajadi. Emas sememangnya disukai oleh semua orang suka di seluruh dunia ini. Cuba lihat sukan SUKMA, sukan SEA atau sukan Olimpik, apakah yang dikejar-kejar oleh para atlit? Pingat apa?

Mengapa mereka tidak dikalungkan dengan kalungan wang kertas? Adakah kita tahu berapa lama sukan Olimpik diadakan? Sukan Olimpik ialah sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun. Sukan ini bermula dari Yunani Purba, dihidupkan semula oleh seorang bangsawan Perancis bernama Pierre de Coubertin pada akhir abda ke-19. Asal sukan Olimpik tidak lagi diketahui tetapi banyak lagenda tertulis bersama sama sukan ini. Sambutan pertama Sukan Olimpik yang direkodkan adalah pada 776 SM, walaupun tarikh ini bukanlah kali pertama Sukan Olimpik diadakan. Pada masa itu, hanya satu acara dipertandingkan. Sejak itu, sukan mula menjadi penting dalam Yunani Purba dan mencapai kegemilangannya pada abad ke-6 dan ke-5 sebelum Masihi. Olimpik juga mempunyai kepentingan agama iaitu sebagai penghormatan kepada Zeus (patung besarnya ada di bandar Olympia). Pemenang sukan ini akan dihormati dan dimasukkan ke dalam puisi dan dijadikan patung. Sukan ini semakin hilang kepentingannya dengan penaklukan Rom ke atas Yunani (sekarang dikenali sebagai Greece). Apabila Kristian menjadi agama rasmi Empayar Rom, Sukan Olimpik dilihat festival orang tidak beragama (pagan) dan pada 393, Maharaja Theodosius mengharamkan Olimpik, dan ini menandakan berhentinya sukan Olimpik selama ribuan tahun sehinggalah diadakan semula pada abad ke-19.

Tidak cukup dengan itu, lihat sultan-sultan Melayu hari ini, apakah yang sultan-sultan kita pakai? Emas tidak akan jatuh nilainya, kerana emas tetap emas. Ia memiliki nilai emasnya yang tersendiri yang tidak ada pada kertas. Seperti wang kertas, ia dicipta untuk menjadi wang yang ditentukan nilainya oleh manusia.

Allah S.W.T sebagai jurutera pencipta manusia tentulah tahu apa yang terbaik untuk ciptaannya. Hari ini, kita tolak emas sebagai wang. Kita terima wang kertas. Wang kertas jika dikaji asal-usulnya, ia hanyalah surat hutang yang mewakili jumlah emas. Sejak zaman dahulu sememangnya kerajaan-kerajaan di dunia menggunakan emas sebagai wang. Para penjajah pun menggunakan emas sebagai matawang. Siapakah yang pernah menjajah negara kita?

Portugis, Belanda, British (United Kingdom), Jepun dan Siam (Thailand). Tak kiralah negara mana pun yang menjajah kita dahulu. Mereka semua menggunakan matawang emas.

(Kerajaan Kelantan)

(Kerajaan Johor)
 (Kerajaan Belanda)

(Kerajaan British)


 (Kerajaan Portugis)


 (Kerajaan Siam)


(Kerajaan Jepun)

Tapi mengapa mereka semua bertukar pada wang kertas? Jawapannya ialah kerana kerajaan mereka mengalami masalah kewangan. Mana tidaknya, wang emas itu habis digunakan bagi tujuan berperang. Kepulauan Melayu bergolak dengan penjajahan demi penjajahan. Sehingga tulisan Jawi kita jua dijajah menjadi tulisan Rumi (Roman) seperti yang huruf-huruf yang anda sedang baca sekarang ini. Sehingga juga ada warga veteran yang masih hafal lagu negara Jepun.

Apakah banyak wang terlibat dalam peperangan. Oh! Sudah tentu. Siapa tukang bina kapal? Siapa tukang kimpal? Siapa tukang jahit layar kapal? Siapa jurumudi kapal? Siapa buruh kasar kapal? Siapa jururawat di kapal? Siapa pengawal di kapal? Siapa tukang senjata di kapal? Siapa tukang masak di kapal? Siapa dan siapa? Jadi wang kerajaan sesebuah negara itu habis dek peperangan. Wang ketika itu ialah emas dan perak. Ia tidak boleh diulang-cetak. Ia sangat unik. Hari ini, kerajaan Amerika Syarikat turut mengalami benda yang sama. Mereka kerugian kerana peperangan. Peperangan cara sekarang lebih banyak melibatkan wang. Bom-bom berkuasa hebat, teknologi canggih dan lain-lain.

Taktik Penjajah

Jadi semasa para penjajah kehabisan wang emas dan perak. Jadi penjajah ini mula menggunakan kertas sebagai ganti kepada emas. Rakyat jelata disuruh bekerja atau pun berkhidmat. Tetapi rakyat jelata tadi tidak diberikan emas.

 (Lihat perkataan promises to pay the bearer on demand)

Perkataan dalam gambar di atas jika diterjemahkan, ia bermaksud "janji-janji untuk bayar si penanggung beban atas tuntutan". Katakan anda orang Melayu yang menjual goreng pisang ketika itu, anda dapat kertas ini. Anda kemudiannya boleh menukarkannya kepada wang. Wang ketika itu ialah emas. Jadi kertas ini bersandarkan kepada emas. Hari ini? Tidak lagi. Wang kertas tidak lagi di sandarkan pada emas. Buktinya? Kita akan lihat nilai wang kertas ini semakin menjunam. Ia akan mengalami inflasi dan spekulasi. Manusia boleh mainkan nilai wang kertas itu. Ia tidak sama halnya dengan emas. Kerana emas mempunyai nilai tetap di dalamnya terkandung berat, karat, saiz dan lain-lain.

Berbalik pada cerita penjajah tadi. Apakah kertas tadi boleh diterima oleh rakyat jelata? Apakah mereka tidak marah? Mereka marah dan tak suka orang berhutang dan memberikan selain daripada emas kepada mereka. Maka dari situ British pun mencantikkan kertas mereka seperti yang kita dapat saksikan di bawah ini:-


Dengan kertas ini rakyat jelata boleh mendapatkan emas mereka. Rakyat jelata menjadi tenang apabila terpampang gambar pemimpin British di kertas itu. Kononnya penjajah serius menjaga kebajikan rakyat jelata. Tetapi pada hakikatnya ini semua hanyalah untuk meredakan kemarahan rakyat jelata atas penipuan demi penipuan.

Maka seterusnya penjajah pun saling berperang. Kerajaan Jepun pun mahu kaya. Mereka kata Asia Tenggara ini mereka yang punya. Masih ingat British lawan Jepun di Tanah Melayu? Apabila Jepun menguasai Tanah Melayu, mereka juga turut mengikut jejak langkah British. Dengan hasrat ingin untung sama seperti British untung. Maka Jepun pun mencetak kertas di bawah:-

(Kertas bergambar pokok pisang yang sering diperkatakan warga veteran kita)

Rakyat jelata tentu marah. Mereka mahukan wang sebenar iaitulah emas. Bayangkan seorang peniaga goreng pisang menjual goreng pisang, dia tidak terima langsung sebutir emas dalam setiap jualan goreng pisangnya. Bahkan dia terima pula kertas yang ada gambar pisang di atas. Mesti marah bukan? Tetapi dalam keadaan dijajah begitu, mana nak berani marah-marah?

Jika difikir, penjajah semakin untung, kerana rakyat jelata disuruh bekerja dan berkhidmat dengan hanya diberikan kertas-kertas bernombor. Semasa British digulingkan oleh Jepun, kertas-kertas British masih ada disimpan oleh ramai rakyat jelata. Kerajaan Jepun tak mahu bertanggungjawab dengan kertas-kertas British. Jadi siapa yang rugi? Tentulah rakyat jelata. Mereka kehilangan emas mereka.

Setelah itu, Kerajaan Jepun pula digulingkan oleh British. British kembali berkuasa. Tetapi kali ini mereka datang dengan mencetak kertas yang baru.

Lagi sekali rakyat jelata ditipu. Kertas-kertas terdahulu yang disimpan tidak dapat ditukarkan kepada emas. Malah tidak laku kerana British mengatakan kerajaan terdahulu dan terkemudiannya berbeza. Walau bagaimanapun kertas baru ini masih menjanjikan emas. Setelah British memasukkan Borneo ke dalam Malaya, kertas baru dicetak lagi.

Apakah bezanya dengan kertas baru ini? Kertas ini tidak lagi melibatkan emas. Emas tidak lagi diwajibkan sebagai pertukaran. Ia hanyalah kertas bernombor semata-mata. Gambar Permaisuri Elizabeth digunakan. Pada masa itu, gambar ini sudah cukup seksi untuk meredakan kemarahan rakyat. Rakyat jelata sudah ditipu dari penjajah demi penjajah dan dari penipuan demi penipuan. Ini semua melambangkan tenaga rakyat jelata boleh dikerah, diguna tanpa melibatkan sebutir emas pun. Cukup punya pandai penjajah ini. Kalau penjajah pandai, makanya rakyat jelata?

Kerajaan British amat bijak dalam melakukan persedian bagi menghadapi akibat terburuk. Maka mereka sekali lagi mencetak kertas yang baru.

 (Kertas ini ada gambar pemimpin negara kita)

Cerdiknya British, mereka sanggup menggantikan gambar Permaisuri dengan pemimpin negara kita demi menghalalkan kertas ini. Rakyat jelata rata-ratanya hormat akan pemimpin sendiri. Jadi hasilnya tiadalah lagi api kemarahan rakyat. Tetapi tidakkah kita terfikir, bagaimana pemimpin kita boleh mendengar cakap British?

Mengikut sampaian orang-orang veteran, raja-raja Melayu, ulama' dan pemimpin Melayu yang tidak berpihak pada British akan dibunuh dan dibuang ke pulau-pulau kecil. Jadinya kuasa-kuasa istana dan pemimpin di parlimen yang ada pada hari ini berpihak pada siapa? Amalan jelik ini masih diteruskan oleh budak suruhan British hingga ke hari ini. Sekaligus terus-menerus menidakkan hak rakyat jelata untuk mendapatkan kembali emas kepunyaan nenek moyang mereka sejak zaman penjajah dahulu.

Ini semua akhirnya akan menjadikan kita semua, satu negara kita ini meleset dari segi ekonominya, akhlaknya dan lain-lain akibat tempias penggunaan kertas itu tadi. Satu contoh, peperangan yang berbekalkan dana emas akan berakhir apabila emas habis dibelanjakan. Ia tidak mungkin dapat dicetak lagi seperti kertas. Jadinya kezaliman dan keangkuhan pemimpin untuk terus berperang akan terbatas dengan ketiadaan emas. Tetapi hari ini, kertas boleh diulang cetak.

Mengikut kiraan ulama' Sheikh Imran Hosein pada ceramah 2007 beliau, katanya setelah kejatuhan wang dalam bentuk kertas tadi, Dajjal pun akan muncul. Kedatangan Dajjal boleh disaksikan oleh budak-budak yang sedang bersekolah hari ini. Jika kiraan ini tepat, maka Dajjal yang dikatakan lahir dari keluarga Yahudi, berambut kerinting akan memerintah dunia dari negara haram Israel dalam sedikit masa lagi.

Tambah Sheikh Imran Hosein, Dajjal akan menggunakan wang elektronik bagi menggantikan wang dalam bentuk kertas. Satu lagi penipuan secara elektronik bakal mewarnai dunia. Katanya lagi, apa yang umat Islam perlu lakukan ialah melaksanakan apa yang ada di dalam Al-Quran dan Hadith.

Oleh itu, kami menyeru kepada semua para pembaca, agar kita kembali kepada dinar (emas) dan dirham (perak) serta menghayati sistem ekonomi Islam yang popular dengan pengharaman riba'. Tidak seharusnya kita mengaku kalah dengan kedatangan Dajjal. Kerana terdapat juga proses menyambut kedatangan Nabi Isa A.S dalam menewaskan Dajjal di Israel kelak. Jadi tidak mahukah umat Islam turut serta menyambut Nabi Isa A.S?

Sumber : bcgoldamanah.com

About Gold

The Precious Metal Gold

“We have gold because we cannot trust Governments.” President Herbert Hoover

Gold Characteristic

Gold is a chemical element which can only be found and not manufactured. Gold is known for its rarity, softness, density and good in electrical conductivity.   Until today, a total of 161,000 tonnes of gold have been mined in human history, as of 2009 (National Geographic: "The Real Price of Gold" by Brook Larmer). This is roughly equivalent to 5.175 billion troy ounces. The following are some gold's characteristic:

Gold Characteristics
·         Chemical symbol
·         Atomic no
·         Atomic weight
·         Specific gravity
·         Tensile strength
·         Melting point
·         Hardness (Brinell)
 Au
79
196.967
19.32
11.9
1,063 degree
25


Karat Gold Conversions

Karat is a measurement of the purity of gold in an alloy. Each karat represents a ratio of 1/24 ­purity, indicating how many parts out of 24 are pure. Therefore, 24 karat gold is pure, while 18 karat gold is ¾ gold and ¼ alloy (Dictionary of international trade: handbook of the global trade community by Edward G. Hinkelman). Below are some example common used in bullion: -

Karat
Purity
24
22
18
14
10
0.995 to 0.999 pure (fine) gold
0.916 pure (fine) gold
0.750 pure (fine) gold
0.583 pure (fine) gold
0.4167 pure (fine) gold

Source: The ABCs of Gold Investing "How to Protect and Build Your Wealth With Gold" Second Edition - Michael J. Kosares
 
Gold Weights and Measures

By tradition gold is quoted and traded in troy ounces, these having been adopted by the U.S. Mint for the regulation of coinage in 1828. Unlike 'normal' pounds and ounces there are 12 troy ounces to the troy pound rather than 16.  But a troy pound weighs less than in imperial pound (0.82 British/US pounds).

Cutting through all that nonsense a troy ounce is approximately 0.031kg or 31 grams.

The following gives an approximate conversion between traditional and metric weights.

Troy Ounce
Kilograms
Grams
1
12
 32.150
0.031104
0.37325
1.000
31.104
373.25
1000

Use of Gold

Gold is an ancient metal of wealth, commerce and beauty, but it also has a number of unique properties that make it invaluable to industy. These properties include:

• Resistance to corrosion
• Electrical conductivity
• Ductility and malleability
• Infrared (heat) reflectivity
• Thermal conductivity

Gold’s superior electrical conductivity, malleability, and resistance to corrosion have made it vital in components used in a wide range of electronic products and equipment, including computers, telephones, cellular phones, and home appliances.

Gold has extraordinarily high reflective powers that are relied upon in the shielding that protects spacecrafts and satellites from solar radiation and in industrial and medical lasers that use gold-coated reflectors to focus light energy. And because gold is biologically inactive, it has become a vital tool for medical research and is even used in the direct treatment of arthritis and other intractable diseases.

The demand for gold in industry is steady and growing. The supply of gold from stored inventory and from mining operations is limited and will remain so. Demand from investors who want to posses this precious metal is steady, and increases during periods of world crises or instability. The result is a market with much more upside potential than down.

Gold is an excellent hedge against inflation, and protects earnings for the future. Modern investors can invest in gold the traditional way — by purchasing gold bullion in the form of bars or coins — or they can trade in gold or gold futures electronically, or by investing in gold mining or refining companies.